Objektif Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
- melakukan aktiviti pramenulis dengan betul
- menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas
- menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul
- menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas
- membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat betul
- menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang betul
- mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan
- menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun
- menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul dan mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan

No comments:
Post a Comment