Monday, 10 December 2012

Aspek Tatabahasa

  1.  Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.
  2. Aspek sebutan,intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberikan penekanan.
Objektif Aspek Tatabahasa

Objektif aspek tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

  • Memahami dan menggunakan kata nama am,nama khas,kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul.
  • Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul.
  • Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul.
  • Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.
  • Memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN+FN,dan FN+FK dengan betul.

No comments:

Post a Comment