ILMU
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin,contohnya ilmu dalam bidang sains,dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
NILAI MURNI
Penyerapan nilai murni dalam Standard Kuikulum Bahasa Melayu bertujuan melahirkan insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia.Selain itu,penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.
KREATIVITI DAN INOVASI
Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta menyelesaikan masalah,menggunakan daya imaginasi ,idea kreatif yang tulen,asli dan bahatu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif dalam konteks tertentu.Kreativiti dan inovasi saling berkait rapat bagi melahirkan modal insan yang serba boleh dan berketrampilan
ELEMEN KEUSAHAWANAN
Satu proses dalam membentukkan ciri-ciri,sikap,kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan.
5 FOKUS ELEMAN KEUSAHAWANAN
.Sikap Keusahawan > Pemikiran Keusahawan > Pengetahuan Dan Kemahiran
Keusahawan > Formulasi Pengetahuan Dan Kemahiran Teknologi Dan Vokasional >
Nilai Moral Dan Etika Keusahawanan.

No comments:
Post a Comment