- Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkapdan mengapreasiasi keindahan bahasa,memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
- Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti menyanyi,bercerita.berlakon dan berpuisi.
- Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Objektif Aspek Seni Bahasa
Objektif aspek seni bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
- Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
- Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
- Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
- Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud secara didik hibur.

No comments:
Post a Comment