Monday, 10 December 2012

Kemahiran Membaca


  • Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,intonasi,jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
  • Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu,dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.
Objektif Kemahiran Membaca

Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

  1. membaca pelbagai perkataan,frasa,dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  2. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul
  3. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul
  4. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul
  5. membaca,memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik;dan
  6. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

No comments:

Post a Comment