Thursday, 13 December 2012

Video Pengajaran Kssr

Rujukan : Youtube


Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1

Rujukan : B6 DT2 E1

Arahan : Betulkan ejaan dan tulis cerita ini semula.

   
          Siti mengekut ibunya ke pasar malam.Pasar malam di siti diadakan pade setiap malam.

           Banyak orang membeli-belih di situ.Mereka terpakse berjalan berhimpit-himpit.Suasano di situ agak bising.Penjual dan pembeli saling mentawar harga.Sesetengah peniage pula terjerit-jerit.Mereka memanggil pembeli agar membeli barongan mereka.

            Selepas membeli sayor,daging,buah-buahan dan makanan,mereke pulang ke rumah.


 _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

 _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________






Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1

Rujukan : B5 DT1 E1

Arahan : Lengkapkan ayat berpandukan gambar



1.Kejadian tanah runtuh itu telah _______
    banyak nyawa ________________.                          






2. _________________ menyebabkan
    berlakunya banjir kilat di kawasan
    _____________________________.








3. Kejadian ___________ menyebabkan 
    penduduk di situ _________ ke pusat
    penempatan sementara.







4. Rebut petir yang _______ semalam 
     menyebabkan banyak ___________.






5. Pada musim kemarau, cuaca _____
    _________ dan menjadi tanah _____
    ________________________.

Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1

Rujukan : B4 DT1 E1

Arahan : Teliti gambar dan catatkan aktiviti.



Aktiviti-aktiviti

1. _______________________________________________________________.

2. _______________________________________________________________.

3. _______________________________________________________________.

4. _______________________________________________________________.

5. _______________________________________________________________.




Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1

Rujukan : B3 DT1 E1

Arahan : Lihat gambar dan jawab soalan yang diberi.



1. Apakah benda ini?
     ___________________________________________________.

2. Apakah kegunaan benda ini?
     ___________________________________________________.

3. Bila kita mengguna benda ini?
    ___________________________________________________.

4. Di mana kita boleh mendapat benda ini?
     ___________________________________________________.

5. Apakah yang terjadi jika kita tidak menggunakan benda ini?
    ___________________________________________________.

Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1

Rujukan : B2 DB1 E2

Arahan : Baca ayat dan suaikan dengan gambar



        
        

                    1.  Abang baca buku








                      2.  Ini ayam jantan









                       3.  Kucing kejar tikus






  


                         4.  Gajah itu besar






                         5.  Ini sudu besi

Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1

Rujukan : B1 DT1 E1

Arahan : Lengkapkan perkataan dengan huruf.Tuliskan semula perkataan tersebut.


k e _ _ t a










    k _ _ i






_ _ m a h









_ _ k u






  _ k a n








 t o _ _








 j _ _

Monday, 10 December 2012

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
(ASPEK SENI BAHASA)

Mata Pelajaran                 : Bahasa Melayu
Kelas                                 : 1 Pintar
Tema                                 : Kekeluargaan
Tajuk                                  : Kebun Datuk Saya
Masa                                 : 7.30 - 8.30 pagi
Standard Pembelajaran : 4.1.1,1.5.1
Objektif Pembelajaran    : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat:
                                            
1. Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

2. Bercerita tentang haiwan dalam gambar menggunakan ayat tunggal dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran : 1.Menamakan haiwan dalam kad gambar
                                                                   2.Menyanyikan lagu berdasarkan seni kata lagu sambil
                                                                      melakukan aksi yang sesuai. 
                             3.Melekatkan kad perkataan (nama haiwan) pada gambar dengan betul
                             4. Bercerita tentang haiwan yang dilekatkan.
                             5. Penutup menyanyikan semula lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Elemen Merentas Kurikulum: Nilai Murni-Kasih Sayang
                                                                     -Keberanian
                                                :Keusahawanan - Sikap dan pemikiran keusahawanan
                                                : TMK - Komputer

Bahan Bantu Pelajar :Komputer,Seni kata lagu,kad gambar,kad perkataan dan lembaran kerja

Penilaian  Pengajaran 
dan Pembelajaran :    Murid menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul

Refleksi: 26 orang daripada 33 orang murid telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Murid yang belum menguasai nyanyian disebabkan tidak boleh membaca lancar diberi bimbingan oleh guru dan rakan sebaya.


                   

Elemen Merentas Kurikulum(EMK)


ILMU

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin,contohnya ilmu dalam bidang sains,dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

NILAI MURNI

Penyerapan nilai murni dalam Standard Kuikulum Bahasa Melayu bertujuan melahirkan insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia.Selain itu,penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk  secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.

KREATIVITI DAN INOVASI

Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta menyelesaikan masalah,menggunakan daya imaginasi ,idea kreatif yang tulen,asli dan bahatu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif dalam konteks tertentu.Kreativiti dan inovasi saling berkait rapat bagi melahirkan modal insan yang serba boleh dan berketrampilan

ELEMEN KEUSAHAWANAN

Satu proses dalam membentukkan ciri-ciri,sikap,kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan.

5 FOKUS ELEMAN KEUSAHAWANAN

.Sikap Keusahawan > Pemikiran Keusahawan > Pengetahuan Dan Kemahiran 
Keusahawan > Formulasi Pengetahuan Dan Kemahiran Teknologi Dan Vokasional > 
Nilai Moral Dan Etika Keusahawanan.

Penekanan Konsep 5 P


  • Penggabungjalinan
  • memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
  • Penyerapan
  • Dalam pengajaran Bahasa Melayu,unsur ilmu,nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan boleh diserapkan.
  • Penggayaan
  • Program penggayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana latar belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan,keupayaan,bakat dan minat.Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.Bahan seperti bahan bacaan tambahan,kad,permainan dan bahan aktiviti yang boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahairan dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Pemulihan
  • Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Penilaian
  • Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa


  • Teknik Main Peranan
  • Teknik Permainan Bahasa
  • Teknik Latih Tubi
  • Teknik Bercerita
  • Teknik Inkuiri Penemuan
  • Teknik Perbahasan
  • Teknik Kuiz
  • Teknik sumbang Saran
  • Teknik Soal Jawab
  • Teknik Simulasi
  • Teknik Drama
  • Teknik Perbincangan
  • Teknik Forum

Aspek Tatabahasa

  1.  Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.
  2. Aspek sebutan,intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberikan penekanan.
Objektif Aspek Tatabahasa

Objektif aspek tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

  • Memahami dan menggunakan kata nama am,nama khas,kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul.
  • Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul.
  • Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul.
  • Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.
  • Memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN+FN,dan FN+FK dengan betul.

Aspek Seni Bahasa


  1. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkapdan mengapreasiasi keindahan bahasa,memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
  2. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti menyanyi,bercerita.berlakon dan berpuisi.
  3. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Objektif Aspek Seni Bahasa

Objektif aspek seni bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
  • Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
  • Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
  • Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
  • Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud secara didik hibur. 

Kemahiran Menulis

       Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif.Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas.Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.

Objektif Kemahiran Menulis


Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:



  • melakukan aktiviti pramenulis dengan betul
  • menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas
  • menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul
  • menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas
  • membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat betul
  • menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang betul
  • mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan
  • menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun
  • menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul dan mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan


Kemahiran Membaca


  • Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,intonasi,jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
  • Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu,dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.
Objektif Kemahiran Membaca

Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

  1. membaca pelbagai perkataan,frasa,dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  2. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul
  3. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul
  4. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul
  5. membaca,memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik;dan
  6. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

Wednesday, 28 November 2012

Suasana Pembelajaran Di Dalam Kelas



2. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial,menyampaikanmaklumat,pendapat,perasaan  serta idea yang kritis dan kreatif.Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:


  • mendengar,mengecam,mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.
  • mendengar,mengecam,dan menyebut bunyi bahasa dengan betul.
  • mendengar,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.
  • mendengar,memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.
  • mendengar,memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan,pesanan dan pertanyaan dengan betul

KEMAHIRAN BAHASA



1. Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Melayu mengandungi aspek kemahiran  berbahasa,seni bahasa dan tatabahasa.

2. Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

3. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku..Penerangan terhadap kandungan kurikulum dinyatakan seperti yang berikut:

  • KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab,ucapan,lakonan dan perbincangan.




Sunday, 25 November 2012

KSSR

1.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid,

2.Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

3.Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan.


  • STANDARD KANDUNGAN
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai murni.



Thursday, 22 November 2012

KSSR

1. Standard Kurikulum Bahasa Melayu dibina berasaskan enam tunjang iaitu
  • Komunikasi
  • Kerohanian,Sikap dan Nilai
  • Ketrampilan Diri
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Sains dan Teknologi
 
Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang,berpengetahuan dan berketrampilan.
 
2.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu.
 
3.Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa.
 
4.Standard Kurikulum juga memberi penekanan kepada pemerapan nilai murni dalam membentuk insan sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

Tuesday, 13 November 2012

Biodata


 
Nama: Zainon Binti Zakaria

No Matrik: D20112053672

Tajuk: Khazanah Ilmu KSSR

Pusat Pengajian: Universiti Pendidikan Sultan Idris.