Wednesday, 28 November 2012

Suasana Pembelajaran Di Dalam Kelas



2. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial,menyampaikanmaklumat,pendapat,perasaan  serta idea yang kritis dan kreatif.Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:


  • mendengar,mengecam,mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.
  • mendengar,mengecam,dan menyebut bunyi bahasa dengan betul.
  • mendengar,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.
  • mendengar,memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.
  • mendengar,memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan,pesanan dan pertanyaan dengan betul

KEMAHIRAN BAHASA



1. Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Melayu mengandungi aspek kemahiran  berbahasa,seni bahasa dan tatabahasa.

2. Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

3. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku..Penerangan terhadap kandungan kurikulum dinyatakan seperti yang berikut:

  • KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab,ucapan,lakonan dan perbincangan.




Sunday, 25 November 2012

KSSR

1.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid,

2.Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

3.Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan.


  • STANDARD KANDUNGAN
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai murni.



Thursday, 22 November 2012

KSSR

1. Standard Kurikulum Bahasa Melayu dibina berasaskan enam tunjang iaitu
  • Komunikasi
  • Kerohanian,Sikap dan Nilai
  • Ketrampilan Diri
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Sains dan Teknologi
 
Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang,berpengetahuan dan berketrampilan.
 
2.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu.
 
3.Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa.
 
4.Standard Kurikulum juga memberi penekanan kepada pemerapan nilai murni dalam membentuk insan sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

Tuesday, 13 November 2012

Biodata


 
Nama: Zainon Binti Zakaria

No Matrik: D20112053672

Tajuk: Khazanah Ilmu KSSR

Pusat Pengajian: Universiti Pendidikan Sultan Idris.